BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 21, 2011

aikk??!!

Assalamualaikum wbt...


Harini dpt msg kat wall fb..from ayem,my little brother..kecewa jgk la kn..yelaa..igtkan nk tanya khabar kakak dia yg sorg ni..rupa2nya dia tegur pasal 'something'...actually tak kesah sgt pasal dia tegur 'something' tu..hepi jgk la sbb dia ada jgk tegur aku even kat wall fb..so,rasa jgk la diri ini dihargai...bukankah fb tu penghubung jarak jauh dan dekat?huhu..


actually bila ditegur secara online sebegitu,sememangnya menguji tahap kesabaran kita..nak tengok kita ni cepat melatah ke cepat marah ke cepat kecik hati ke or etc..lagi2 bila mengenai purdah..




honestly,drpd pengalaman aku sendiri yg berjaya masuk dlm masyarakat di Malaysia selama 3tahun..kekuatan fizikal dan mental kena berada pada tahap yg tinggi,kuat dan jitu..dan yg paling mencabar bila menghadapi reaksi dari family sendiri..'luar' dan 'dalam' kena ready..sbb melibatkan imej yg terzahir..


dan apabila ditegur oleh adik sendiri akan hal itu,mgkin dia tak tahu sbb kami pun jarang jumpa dan jarang menyapa di fb..lagipun soalan tu dah banyak kali sampai ke gegendang telingaku..di sini...di mesir..jadi jawapan aku cuma satu...tak dapat nak istiqamah..


1st at all,pemakaian purdah ni sebenarnya perjanjian kita dgn Allah s.w.t..dari awal sehingga akhirnya..awalnya bermula daripada niat dan pengakhirannya adalah istiqamah...apabila sudah tetap niat dan kukuh pendirian maka pengakhirannya adalah istiqamah yg mana bila sudah istiqamah pemakaian purdah itu sendiri haruslah kekal..hukum memakainya sunat,lagi2 buat wanita2 yg merasakan wajahnya terlalu cantik sehingga takut menimbulkan fitnah dan syahwat dr golongan adam..iaitu lelaki..maka diketika itu diwajibkan bgnya utk memakai purdah..bkn lg sunat...


dulu masa 1st time blk msia,keluar dgn kwn2,terasa jgk mcm diorang janggal dan tak biasa dgn kita sbb yelaa..berjalan dgn org pakai purdah..cnfirm la org sekeliling pandang something right?tp alhamdulillah dpt shbt2 yg memahami ketika itu...


pernah sekali shopping kt mines serdang,time tu nak beli jam,keluar berdua je dgn shbt sorang ni..kena tegur dgn amoi cina ni..
dia tanya 'u tak panas ka tutup2 muka u?' 
aku jawab 'dah biasa,kat tanah arab lg panas'
 pastu dia tnya lg 'ooo..begitu ka?'
 aku jawab 'yalaa...serupa la kalo u dah biasa pakai baju fit,tak panas..mcm tu jgk sy..sy dah biasa..'
 pastu dia senyum..sejak hari tu..aku dah tahu,aku kena kuat nk menghadapi cabaran kuat masyarakat malaysia lg2 kaum cina dan india...kena kuat beb...


thn ke2 aku pulang lagi sekali ke malaysia..pengalaman yg sama aku rasa..dipandang2 dijeling2..lagi2 ketika aku makan di luar bersama shbt2 aku..yelaa...nk mkn kn...kena la bukak purdah...islam itu mudah..bukan membebankan..lagipun pemakaian purdah sunat hukumnya pd aku ketika itu..jadi,aku taknak menyukarkan sesuatu yg mana islam tidak membebankan ia..aku tahu apa yg aku praktikkan ni,tp biasalah masyarakat malaysia tak tahu..jadi di situ timbul fitnah buat diriku..yelaa..mesti diorg ckp dan kutuk2 kat belakang..'budak tu pakai purdah tapi boleh pulak bukak kt tgh2 org ramai ni' itu kenyataan bg mereka yg menganggap bahawa pakai purdah itu adalah wajib..sedangkan mereka silap sebenarnya!inilah mentaliti masyarakat malaysia..


tahun ke3 aku pulang lagi..kali ni pengalaman yg melibatkan family aku..masa tu kekanda aisyarena dan kekanda siti aminah ajak mkn mlm kat luar dan waktu tu aku tak bawa purdah aku...so?korang pun paham2 la kn?ajak mkn plak kt tesco shah alam kalau tak silap aku la..mlm tu mmg tak bertegur sapa dgn kekanda2ku..sehingga mereka menganggap aku dah berubah dan tak paham dgn peel aku ni...sedangkan ketika itu alasan aku satu je..'aku xde purdah dan aku seorg yg memakai purdah..mcm mana nk keluar mkn?' menangis jgk la aku mlm tu..mengadu pada Sang Pencipta dan kemudian mengadu pada shbt baikku siti fadilah...


tahun ke4..aku sudah berubah...terus terang aku cakap kat sini..aku tak kuat nak teruskan imej berpurdah..sungguh,hanya Allah sahaja yg tahu...


aku post entry ni bukan nk berbangga bahawasanya aku sudah tidak memakai purdah..tetapi nak bgtau supaya xde lagi fitnah2 yg menimpa ke atas aku..dan nak bgtau bahawa org yg betul2 kental hatinya,kuat imannya sahaja yg layak memakai purdah..dan sungguh beruntung kpd mereka yg berjaya mengekalkan imej sunnah itu..dan aku respect sgt pd mereka...kerana aku tak mampu dan tak diberi kemampuan utk meneruskan imej sunnah itu sendirian...


aku telah pun melalui pengalaman itu..semuanya pengalaman manis buat aku...sbb ia merupakan ujian yg Allah beri pdku supaya bertambah kuat menghadapi pandangan org sekeliling..aku sudah merasakannya..seandainya selepas berumah tangga kelak,si suami suruh pakai purdah..ketika itu aku tak teragak2 nk pakai..sebab masa tu dah ada kekuatan..iaitu suami.. ^^,


p/s : pakai purdah ataupun tak yg penting kita still menutup aurat..



tinta faThiah zulFa 22:02pm waktu mesir














2 comments:

khuza hasan said...

xpe imah..yg penting ALLAH tahu niat imah kan..berpurdah & kemudian tak berpurdah bukanah satu perbuatan yg xberetika..kite rase ok je..xsmua org boleh istiqamahkan..papep0n..kite d0akan imah berjaya dunia akhirat..amin~

elFattma said...

thanx khuza..amin ya rabb..doaku utkmu jua..smg kita sama2 bjaya dunia dan akhirat..amin...