BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 26, 2011

minat,suka dan cinta..

baru selesai membaca karya daripada Rezza Khanafiah..

'' bermula dari minat ''

tersentap seketika tatkala beliau menegur tentang kesilapan kita ketika menulis,ber-sms dan ber-emel..

apa katanya?

[kerana terlalu ahli dalam ilmu bahasa perkataan saya jadi 'sy' lebih jadi 'lbh'.agaknya ikhlaskah saya nak jawab?]

[ejaan,penggunaan bahasa, tatabahasa mempunyai nilai tersendiri yang sangat berkait rapat membentuk kalimah tersusun dan indah.]

jadi,lepas ini semua penulisanku akan dieja penuh..bahasa jiwa bangsa..siapa lagi yang diharap untuk mengindahkan bahasa melainkan bangsa itu sendiri..

tanpa kita sedar,kita telah pun mempelajari bahasa malaysia sejak dari bangku sekolah rendah lagi...rasanya tentu ramai yg fobia tatkala karangan yang kita cipta terlalu banya tanda merah dengan pen merah..begitu juga dengan diriku...cukup sensitif dengan berwarna merah lagi-lagi pada buku kerja sekolahku..

dahulu,subjek itu terlalu menjadi kegemaran aku sehinggakan pernah sekali mendapat trofi penghargaan sebab memenangi 'paling banyak membaca buku bahasa malaysia' di bawah program 'minggu berbahasa Melayu'..teringat tentang trofi itu..ke manakah agaknya ia pergi..setelah pindah ke Puchong,banyak 'kenangan-kenangan' di sekolah rendahku telah 'pergi'..

yang ada hanya kenangan..

teringat setiap kali ujian bulanan,sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan A,cikgu akan cubit di lengan..sikit tidak mengapa,tapi sakitnya sehingga sekarang masih terasa..bisanya bisa mengubah fikiran dan kelaksanaan anak muridnya untuk berubah..masih ku ingat lagi nama cikgu bahasa malaysia ketika itu adalah cikgu Asma...masih mengajar lagi di sekolah itu atau tidaklah agaknya...rindu pada cikgu!dan kesannya..keputusan subjek bahasa malaysia ketika upsr adalah A..hehe.

pengalaman adalah guru pertama..siapa pun kita pada hari ini..hakikatnya,adalah kesan dari pengalaman dulu..bila tersedar,kita boleh berubah..kerna yang mengubah kita adalah diri kita..bukan orang lain..

practice make perfect..

0 comments: