BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 18, 2012

kisah semut...

semut.
makhluk ciptaan Allah s.w.t yg kecil..
yg suka kepada manisan..
di mana ada manisan di situ ada semut..(peribahasa ciptaan sendiri..hikhikhik)

kenapa dengan semut?
ada kisah disebaliknya yg aku ingin kongsikan,walaupun aku tak tahu berapa ramai yg rajin membuka blog aku ni..hehe

kisah ni aku terbaca dalam buku tulisan Pahrol Mohd Juoi..
'beduk diketuk'
aku suka baca satu bab sebelum tidur,tak boleh baca banyak2 nanti cepat habis..hehe
kat mesir ni tak banyak buku ilmiah dalam bahasa melayu...banyak dalam bahasa arab..^^
ni pun aku bawa dari malaysia..heee^_^

kisahnya begini..

ceritanya perihal komunikasi yg pernah berlaku antara seekor semut dan Nabi Sulaiman a.s..
suatu hari,Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yg ia perlukan untuk hidup dalam masa setahun...jawapan semut : ia hanya memerlukan sebesar biji gandum...

lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tadi di dalam satu botol beserta gula sebesar sebiji gandum...dan kemudian,botol itu ditutup...

apa terjadi selepas setahun?

selepas cukup tempoh satu tahun,Nabi Sulaiman a.s membuka penutup botol tersebut dan anehnya hanya separuh sahaja gula yg dimakan oleh semut itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut mengapa hanya separuh sahaja yg dimakannya sedangkan sebelum itu semut memberitahu ia perlukan sebesar sebiji gandum..?

jawab semut : jika ia berada di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah s.w.t dan ia yakin bahawa Allah akan mencukupkan rezeki buatnya...dan oleh itu ia tak perlu risau dengan hakikat itu...

tetapi,apabila dikurung oleh manusia (yakni Nabi Sulaiman a.s)..ia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat kerana tidak yakin dgn keprihatinan manusia dan bimbang dlm tempoh itu manusia akan lupa lalu mengurungnya lebih daripada setahun...

pengajaran dalam kisah tersebut :

~yakinlah bahawa rezeki itu ada untuk kita dan tidak akan diambil orang...
~bertawakallah sebagaimana tawakal seekor semut...usah bergantung kepada manusia...apabila mengharap pada manusia,sedikit demi sedikit kita akan hilang pengharapan pada Allah...
~janji Allah itu pasti,maka yakinilah Dia...
~tidak rugi org yg berjimat cermat malah beruntunglah dia..
~doa merupakan harapan..dan harapan itu hanya kepada Allah...berdoalah semoga dimurahkan rezeki dan semoga doa kita dimakbulkan...

#haiwan juga mengamalkan konsep tawakal,apatah lagi kita sebagai manusia,yg punya akal utk berfikir...bijak manusia pada akal,'bijak' haiwan pada 'tawakal' mereka...subhanallah...Allah Maha Besar!

#menjadi hamba yg bersyukur..ucaplah ALHAMDULILLAH...

0 comments: