BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 6, 2012

ikhlas..

ikhlas...
perumpamaan seperti semut hitam yang berada di atas batu yang hitam...
ya,
bukan mudah sebenarnya menerbitkan rasa itu..

 contohnya kawan meminta bantuan kewangan,pada awalnya kita sudi dan sedia menghulurkan bantuan..namun di akhir cerita tatkala kita memerlukan wang dan meminta pada teman itu membayarnya,si dia pula tidak dapat menunaikan permintaan kita..terus terlintas di hati kita 'dulu masa engkau nak duit,aku bagi je..sekarang bila aku susah,engkau tak nak tolong..tahu pinjam tapi tak tahu membayar..'

nah,di sini kita sendiri dapat lihat..bagaimana niat kita yg ingin membantu itu 100% berubah apabila kita dalam kesusahan..
ikhlas itu di mana?
mengapa seringkali terjadi tanpa kita sedar?
adakah kita lupa bahawa niat awal kita untuk membantu?
atau sekadar ingin menjadi glamour dengan kebaikan yg kita berikan pada manusia?

kita selalu sahaja terperangkap dengan bisikan2 syaitan di mana sentiasa akan mengganggu anak adam..
bagaimana mahu memimpin hati?
jika hati tidak sabar?
jika hati tidak berzikir?
jika hati tidak bersangka baik?
ikhlas itu letaknya di hati..
maka,hatilah yg perlu dididik menahan amarah dan bersangka buruk..

 bersabarlah..
berzikirlah...
beristighfarlah...
bersangka baiklah..

kerna jika kita tidak mengubah hati kita..
semua yg kita lakukan akan di akhiri dengan rungutan dan bebelan..
tiada pahala..
tidak senang hati...
termengumpat tanpa sedar...
dan lebih teruk lagi...
hilang kawan dan teman...

ikhlaskan niat kita..
niatkan kerna Allah swt...
dan berdoalah moga ditetapkan iman..

0 comments: