BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 8, 2012

ujian Rahmat dariNya...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
syukur ya Allah...
selesai sudah paper adab balaghah...
lepas ni relax sikit...
tapi masalah lain pulak yang perlu di fikir jalan noktahnya...
begitulah adat hidup di rantau orang...
pahit manis kita yg rasa..
tidak dinafikan setelah hampir 5tahun menjadi 'penduduk' mesir ni...
banyak perkara yang aku belajar...
daripada sikap,tutur bicara dan juga pergaulan...
semuanya membentuk sahsiah yang lebih baik daripada sebelumnya...
apa yg kita buat,semunya bergantung pada niat...
apa yg kita sebut dan ucap,semuanya bergantung pada ketulusan hati..
dan apa yg kita fikir,semuanya bergantung pada akal yg menilai...
jangan dinafikan pengajaran itu adalah guru yg pertama...
^^
bila tiba exam,ketika itulah bertimpa2 ujian menimpa...
Dia mahu menguji sekuat mana kita menghadapinya...
adakah kita menerima dengan redha dan ikhlas?
mahupun lebih kepada berputus asa..?
walau terkadang sudah berputus asa,Allah akan tunjukkan sedikit demi sedikit jalan keluar...
ketika itu Rahmat dan Kasih sayang Allah tiada tandingnya...
maka,apabila ujian itu hadir dan diri diuji,
anggap sahaja Allah menyayangi diri ini..
dan ketika di uji dgn ujianNya yg 'sedikit'...
semoga dengan ujian yg 'sedikit' itu hati kita lebih dekat padaNya...
selalu mengingatiNya...
dlm susah...
dlm senang...
Allah sentiasa ada...
di sisi kita...

0 comments: