jodoh,ajal,maut semuanya di tangan Tuhan...
okey,cerita pasal jodoh lagi..[sigh]
bukan tak berusaha...
bukan soal serik atau fobia..
bukan sebab memilih..
bukan cerewet..
malah,bukan tidak mahu berkahwin..
tapi..
seru tu tak sampai lagi..
jika ditebak dengan persoalan2 kahwin ni...
siapa yg tak mahu berkahwin?
ada anak?
ada keluarga?
semua orang ada impian begitu..
tinggal hanya ijab dan qabul je tak terlafaz..
bila calon dah ada,tapi makbapak pulak tak berkenan..
tu tandanya tiada redha..
tiada green light nak teruskan hubungan tu...
bila dah ada calon,makbapak berkenan pastu putus tengah jalan..
kena terima apa yg sudah lama tertulis...
jadi..?
tak payah kahwin la?
no..no..no..
bukan umat nabi siapa yg tak nak kahwin ni..
dan akhirnya...jawapan yg sama...
TAK SAMPAI SERU LAGI
bukan bermakna lambat kahwin tu tanda kita tak 'laku' [bak orang melayu cakap...]
bukan bermakna tak kahwin lagi tanda kita tak bahagia...
bukan bermakna tak kahwin lagi tanda kita tak cantik..
bukan bermakna tak kahwin lagi tanda kita tak berjaya 'menghalalkan' diri buat sang suami..
sebenarnya Allah dah aturkan jodoh,rezeki,maut kita sejak kita dalam kandungan ibu kita lagi...
bila Allah yg aturkan,insyaAllah semuanya berjalan dalam lingkaran yg cukup cantik...
biarlah lambat kahwin pun..
biarlah orang nak kata apa pun...
biarlah berumur pun...
kerna bila seru itu sampai,kita mungkin orang yg paling bahagia di muka bumi ni...
yg paling bahagia di bawah Rahmat dan Pemerhatian Allah...
yg paling bahagia menuai iman dan menggandakan pahala bersama sang suami...
yg paling bahagia mengecapi nikmat bahagia itu bersama2...
yg paling bahagia merasa nikmat iman yg semakin bertambah2 insyaAllah...
insyaAllah..
insyaAllah...
insyaAllah..
dengan izinNya..
bergembiralah walau belum sampai seru itu...
kerna yg sudah berkahwin pun belum tentu merasa bahagia sebagaimana kita bakal bahagia kelak...
jadi,bergembiralah dengan menambah ilmu di dada...
ilmu menjadi isteri dan ibu...
yg solehah!
dan membuat persiapan yg secukup mungkin untuk membina ummah Nabi Muhammad s.a.w...!
kerana perkahwinan itu bukan memenuhi tuntutan seksual sahaja,
bahkan menuntut kita erti bertanggungjawab mendidik,mengajar anak2 tentang ISLAM!
bukan lagi soal berbangga mendapat zuriat atau berjaya 'membuat' anak...
tetapi bagaimana kamu mendidik,mencorak anak itu...
sama ada menjadi umat yg berkualiti atau sekadar menambah kuantiti umat!
maka,
jika kamu sudah mendirikan rumahtangga,bermuhasabahlah...
sejauh mana kamu mendidik diri,isteri,anak2 kamu ke arah syurga @ neraka...
kerana agama itu di tangan kamu..
wahai para suami dan bapa..
******
jangan bersedih kerana jodoh kamu tidak bertamu..
kerana jodoh kamu adalah yg TERBAIK yg Allah hadiahkan buatmu!


0 comments:
Post a Comment