isunya : aku pun nak jugak!tapi...
okey,actually isu ni agak sensitif,tapi aku nak jugak letak kat blog aku ni..
sebab bagi aku,blog juga boleh jadi satu method utk berdakwah..
dan tanggungjawab org yg berdakwah ni bukan hanya dipikul oleh golongan 'ustaz' dan 'ustazah' sahaja'...bahkan...setiap muslim..
malah wajib utk menyebarkan sayap agama Islam yg suci ini...
isu : aurat perempuan
kita ni dah dididik sejak dari sekolah rendah lagi..
bahawa aurat itu seluruh anggota tubuh badan kita..
kecuali muka dan tapak tangan..
kalau kita tanya kat sesiapa pun mereka akan mengiyakan sebab perkara ni merupakan PERINTAH Allah swt..
mereka tahu...
mereka faham..
mereka mengerti..
tapi..
tidak mempraktikkan..
sebab?
banyak sebab..
dan rasanya tak perlu aku nyatakan sebab, kerana sebab-sebab itu ada dalam hati mereka..
dan mereka tahu..
terus terang,rasa sedih bila lihat sahabat2 teman2 yg dulu belajar satu bumbung..
yg belajar subjek yg sama...
yg belajar pengajaran bersama...
tapi semakin dewasa..semakin hilang apa yg dipelajari...
[maaf kalau disebut di sini..]
jika dulu yg bertudung labuh...
kini..(begitulah)
aku pun tak nak menyalahkan..
sebab ilmu itu cahaya...
dan cahaya letaknya di hati...
tapi persoalannya..
mengapa berubah..?
ya,mungkin anda teman baik yg paling akrab dgn sahabat anda..
boleh berkongsi suka duka...
tapi..
anda telah berubah!
ya..pada pakaian...
bukankah suruhan menutup aurat itu satu kewajipan?
satu tanggungjawab?
satu pahala?
satu kebaikan?
mengapa tidak mahu meraih kebaikan2 tersebut?
jawapan : tepuk dada tanya iman anda..
ya,kita sebagai perempuan..selalu dan inginkan kecantikkan...
kemas..
ayu...
tetapi Islam telah meletakkan garis panduan supaya semua kecantikan itu dibiarkan cantik secara neutral..
bukan dgn tambahan solekan..
bukan dgn tambahan keketatan pakaian..
mahupun bukan dgn menyingkap segala yg patut kita sembunyikan...
apakah kita puas melihat tubuh dan kecantikkan kita diratah setiap mata lelaki yg melihatnya?
nauzubillah min zalik..
'alaa..tubuh aku gempal..gemok..ada aku kesah?'
ya.mungkin anda tidak kesah..
tapi aku kesah!
selangkah anda keluar dgn tidak menutup aurat..
umpama anda mengheret ibubapa abang2 kakak2 anda ke pintu neraka!
mahu ke begitu?
jika tidak..mari sama2 berubah...
berubah secara perlahan2...
jika rasa terpaksa pun..tak mengapalah...
lama kelamaan anda akan terbiasa dan ikhlas melakukannya...
nak seribu daya tak nak seribu dalih...
sampai bila kita nak berdalih?
betol tak?
terkadang,melihat teman2 di FB...
cantiknya baju dia...
cantiknya tudung dia...
aku pun nk jugaklah pakai mcm tu!
tapi..
aku dah belajar...
aku dah tahu hukumnya...
mengapa perlu aku ikut?
ya..aku boleh ikut...
aku boleh pakai smua tu..
tudung yg singkat...
baju yg ketat...
yg cantik..
tapi..
aku nak pakai depan suami aku kelak!
bahkan aku bakal peroleh pahala disisiNya!
seronoknya mcm tu kn?
hari2 dapat pahala..
malah,rasa gembira dpt mencantikkan diri di hadapan suami!
jika anda inginkan kenikmatan begitu..
ayuh!
jom tutup aurat!
peliharalah...
lindungilah...
insyaAllah...pahala besar menanti..
jom berubah!
#ramadhan semakin menghampiri..marilah sama2 meningkatkan amal..yuk!!


0 comments:
Post a Comment