BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 7, 2011

janganlah begitu!

salam aidiladha..
kullu 'am wa antum bikhair...

alex semakin sejuk..
nak taip pun berhenti kejap-kejap...
hehe..

nak share something...
ini adalah pengalaman aku sendiri..
bukan rekaan bukan ciptaan..tapi realiti..
terkadang apabila kita melihat kelemahan atau kelemahan orang lain..kita akan terus menghukum mereka sebagai tidak baik..'buruk' akhlak dan sebagainya.. 

baru-baru ini,aku pulang ke 'kampung halamanku' iaitu Cairo..
jujurnya memang aku jarang balik cairo,memandangkan tiada urusan yang membolehkan aku untuk pulang secara suka-suka atau untuk berjalan sakan..
kecuali jika ada hal atau apa-apa program yang ingin aku ikuti..

biasalah budak furu' macam aku ni...
'jarang balik' orang cairo kata..
so,penginapan untuk berteduh memang 'limit'..
nak balik bakan(badan kebajikan anak-anak negeri) selangor,ramai adik-adik baru yang menginap di sana..
member-member aku pun ramai dah balik malaysia..
makanya,bakan selangor bukanlah satu tempat yang strategik bagiku ketika itu...
jadi,hala di tuju ke arah bakan yang kosong..

al-maklumlah bila nama pun menumpang..
sewa sehari 5genih..
makan minum asing...
tak kesah sangat pun sewa-sewa ni asalkan ada tempat berteduh..
alhamdulillah dah cukup memadai..
bila duduk di tempat orang..
ibaratnya kena jaga nama sendiri..
nama furu'..
nama bakan..

ramai yang cakap dekat aku..
even kawan-kawan aku kat malaysia..
'orang kelantan ni asobiyah..suka berpuak-puak..'
mula-mula memang taknak percaya tapi bila kena kat batang hidung aku...
memang tak dinafikan..
bukan semua ye...pada aku,sesetengah yang terlalu taksub sangat je buat peel begitu..
sedangkan kawan-kawan kelantan yang aku kenal,tidaklah begitu..
jadinya,mengapa begitu?

'maaf kak..kami tidak menerima 'orang luar'..
tatkala mendengar statement begitu..
otak aku ligat membenarkan apa yang kawan-kawan aku katakan...
dari segi pandangan mata...
dari segi teguran yang berbisa...
dari situ boleh kita tafsir apa yang mereka ingin sampaikan...
aku tak faham bahasa isyarat..
tapi aku faham bahasa tubuh..
janganlah begitu!

terkadang geli hati juga pada mereka-mereka yang berfikir secara keanak-anakan...
kalah kanak-kanak yang berfikir jauh lebih matang daripada kita yang sudah akil baligh ni...

berdesing jugak telinga ni bilamana terdengar bisikan-bisikan kononnya budak furu' ni suka keluar malam tanpa musyrif..
lagi-lagi di cairo...
aiyooo...
panas je dengar kan?
aku nak keluar malam kat alex ni pun takut-takut,.,
free-free je dapat title macam tu!

tak faham dengan fikrah mereka...
tak faham apa fungsi musyrif yang sebenarnya...
tak faham apa yang mereka inginkan...
yang aku faham..
aku keluar malam dengan adanya musyrif..
bila orang kata tak ada musyrif,
itu tanda tak ada siapa nak jadi musyrif..
jangan nak salahkan orang lain tanpa tahu keadaan orang tu macam mana..
jangan nak menghukum orang tanpa selidik..
jangan nak tuding jari tanpa tahu benar atau salah..
jangan..
jangan..
dan jangan sesekali..

apabila kita menerima tetamu..
layanlah mereka sebaik mungkin..
jangan ada cakap-cakap belakang...
jangan ada caci cela..
kerana mereka membawa 1001 rahmat..
dan mereka juga membawa pergi dosa-dosa kecil kita...

kita umat nabi Muhammad SollaAllahu 'alaihi wasallam..
yang membezakan kita bukan negeri..
bukan bahasa..
bukan budaya..
bukan warna kulit..
bukan keturunan..
kita disatukan dengan sunnah tauladan baginda SollaAllahu 'alaihi wasallam..
maka..
janganlah membezakan..mengasingkan saudara kita semata-mata mengejar kesempurnaan...
yang kurang,kita tambah..
yang lebih kita sama nikmati...

seandainya kita bernaung di bawah kepimpinan dan persatuan yang sama..
mengapa perlu membezakan orang luar..?
yang atas yang bawah..?
janganlah begitu..
seandainya begitu...
itulah jurang antara kita..
kita sendiri yang menciptanya...
dan kita sendiri yang memusnahkannya..

mood : muhasabah

2 comments:

khuza hasan said...

ok..
sila bertenang..
rilek..
chill beb..
inilah rencah kehidupan..
name lagi manusia kan..
s0 biarkan mereka berkata2 selagi mahu..
doakan moga mereka di pelihara iman..
:)

elFattma said...

allahumma aminn..