BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Life,My Soul,My Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

sweater vs winter


Sambil mendengar lagu kOrea,nyanyian Lee Sun Hee~the person I will love..jari jemari laju menari-nari di atas keyboard yang dibeli hanya 30 genih..hehe..

Okey…hari ni nak sentuh sikit pasal isu pakai sweater kat luar yakni pakai tudung dalam sweater..Bila tiba je musim sejuk..isu ini pasti akan timbul..pasti..lagi-lagi kat alex ni…biasalah…

Baiklah…
Kita lihat sudut lain..iaitu cuaca..
Cuaca sejuk dan angin bertiup kencang…seandainya seorang akhawat tu pakai sweater kat dalam yakni tudung kat luar dan sweater dalam tudung..angin kuat dan tudung pun terselaklah..jika tangan tak pegang apa-apa barang,tak mengapalah…bolehlah pegang hujung tudung agar tak ditiup angin..tp kalau pegang barang?apakah lebih utama ketika itu melepaskan semua barang-barang di tangan atau pegang tudung?Cumanya keadaan itu memaksa kita memakai sweater di luar…bukan niat nak tayang body atau nampak cantik..tidak..bahkan keadaan itu lebih selesa JIKA di pakai di luar...semuanya bergantung pada NIAT KITA…

Kita boleh lihat sendiri pemakaian seseorang itu..bila tiba musim panas atau musim bunga contohnya…kita dah maaruf si pulan tu memang jenis tak pakai pakaian yang menjolok mata..dan bila tiba musim sejuk,si pulan tu pun pakai sweater di luar..kita terus menghukum pakaian si pulan tu tidak mengikut hukum syarak…padahal keadaan cuaca yang sejuk tu yang memaksa si pulan memakai sebegitu…dan kita pulak hanya nampak si pulan tadi memakai sebegitu ketika musim sejuk SAHAJA..pada musim-musim yang lainnya tentulah mengikut pakaian yang sesuai, bersesuaian dengan musim..

Jika alasan yang diberi semata-mata kerana menampakkan bonggolan di dada..makanya,tak perlulah memakai butang atau zip bagi mengelakkan bonjolan-bonjolan itu timbul..kita pakai sweater kat luar ni sekadar menghangatkan tubuh dari kesejukkan dan mengelakkan apa-apa kejadian seperti yang diberi contoh di atas tadi..okey..jika seandainya seseorang itu sudah terbiasa memakai sweater di dalam..tafaddal..teruskan kerana anda lebih selesa sebegitu..janganlah anda me'mind set' kan bahawa yang memakai sweater di dalam itu lebih baik,lebih sopan,baik akhlak dan orang yang memakai sweater di luar ni tidak baik,tidak sopan,tiada akhlak dan sebagainya...ya,memang ahsan memakainya di dalam tapi kita punya pendapat dan pandangan yang berbeza walaupun haluan kita tersedia maklum adalah sama..jika selesa sebegitu teruskan..tiada sebarang halangan atau tegahan...

Dalam keadaan ini aku lebih prefer memakai sweater di luar…tetapi dengan syarat..tidak ketat dan sweater itu perlulah lebih besar daripada tubuh kita…ini pendapat dan pandangan peribadi aku..kita dah tahu hukum,buat apa nak buat sesuatu yang syarak sendiri melarang kan?kita ada akal,berfikirlah secara waras dan janganlah menghukum seseorang itu dari segi luaran..tanyalah dahulu atau minta pendapat dia..kenapa?sebab apa?lainlah jika kita dah maaruf si pulan tu memang tidak menjaga penampilan dan tidak hirau kecil atau besar..ketat atau longgar apa yang dipakainya…ketika itu…tegurlah secara berhemah..BERHEMAH..

Ini berdasarkan keadaan di mesir…jika di Malaysia..lain pula halnya…sebab Malaysia ada musim panas dan hujan je…if hujan pun,tak mungkin seseorang yang boleh berfikir secara waras memakai sweater tebal-tebal macam kat mesir..mestilah yang seidikit nipis dan boleh menghangatkan tubuh sedarnya kan…?

Semalam baru sahaja masuk tahun baru bagi umat Islam seluruhnya…1 muharram yang menjadi titik permulaan hijrah dalam kelendar Islam..semoga penghijrahan kita semata-mata kerana Allah…tak dapat berubah banyak,cubalah secara sedikit demi sedikit..azam yang dibuat haruslah seiring dengan semangat baru seperti semangatnya kita mula-mula masuk sekolah dahulu…dengan beg baru..pakaian sekolah baru..kasut baru…rasa semangat datang ke sekolah akan hadir sendiri…rasa gembira…begitulah penghijrahan yang bakal kita lakukan…mulakan dengan azam baru…semangat baru…jadikan hari-hari akan datang sebagai hari untuk berubah dan merubah…

Penghijrahan memerlukan pengorbanan,dan pengorbanan memerlukan perubahan..
Sebarang komen sangat dialu-alukan…

0 comments: