Tergelak kecil tatkala mendengar cerita-cerita daripada sahabat yang baru aku kenali..lahir pada tahun yang sama denganku..
Apa yang membuatkan aku terhibur adalah kerana setiap butir bicaranya adalah benar dengan apa yang aku hadapi..maklumlah..pengalamannya lebih jauh masinnya berbanding dengan pengalaman yang aku rasai..
Sebagai seorang isteri..dia lebih banyak memberi aku nasihat..lagi-lagi perkara yang aku kira sensitif ketika ini…<<jodoh>>..hihihi
Apa katanya…
“sebelum awak terima lamaran seseorang,uji dulu dia dengan harta”
Mula-mula memang tak faham..yelaa..nak uji dengan harta?aku sendiri tak berharta..ni kan pulak nak uji orang dengan harta..confirm la free-free je kena cop gila harta kan..huhu..rupanya dia nak aku uji seseorang lelaki itu dengan wang@duit..kita sebagai wanita kita berhak memilih siapakah bakal suami dan bapa kepada anak-anak kita kelak kan..??
Di antara nasihatnya…
sesekali cuba minta pada si dia sesuatu yang dikira berharga yang sukar si dia sendiri boleh beri..lepas tu tengok apa reaksi dia..positif atau negatif?adakah si dia memberi jawapan terus ‘okey’ atau diam 2,3 saat memikirkan jawapan yang sesuai..?Apabila nak bayar tambang teksi atau train..tengok si dia yang menghulur tambang atau menanti kita yang membayar..taktik sebegitu dah banyak kali aku uji kepada musyrif-musyrif yang pernah menjadi ‘mangsa’ aku..hehe
Pendapat aku-->>Memanglah penting jika diuji dengan perkara sebegini sebab kesannya apabila sudah berumahtangga..lagi-lagi dapat suami yang suka berkira..mana nak bayar duit kereta lagi..duit rumah lagi..duit anak..belanja dapur..nafkah isteri lagi..lagi parah bila dapat suami yang kedekut..waktu tu nak patah balik pun tak boleh,sebabnya kita tak uji dia sebelum mendirikan rumahtangga..jadi,nak menyesal pun tak guna..bukanlah nak kata kita sebagai seorang perempuan memberatkan soal harta,tidak…bahkan untuk mencari bakala bapa kepada anak-anak yang bertanggungjawab itu sebenarnya lebih sukar..kerana..semua orang boleh jadi suami..semua orang boleh jadi bapa..tapi nak menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab itu sangat payah..kerana..sifat lelaki yang sebenar adalah setelah 2@3tahun selepas perkahwinan..waktu itu adalah waktu nak ‘kantoi’..maka,nak menangis nak meraung bukanlah jalan nak menunjukkan kekesalan..betul tak?
nasihatnya lagi..
Sesekali ujilah perwatakan dan kehidupan bermasyarakat..bagaimana?dengan meminta si dia komen tentang isu semasa..sebagai contoh komitmennya pada persatuan di sini..apakah reaksinya?melatahkah dia?menyokongkah dia?atau sekadar mengangguk dan bersetuju sahaja..seandainya si dia seorang yang mudah melenting..maka,itulah dia yang sebenarnya seorang yang tidak dapat menerima dan suka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain..yang lebih suka kehidupan yang ‘privacy’..
nasihatnya lagi…
Lihat bagaimana kehidupan berkeluarganya..adakah dia seorang yang berdikari tanpa memerlukan bantuan keluarga atau seorang yang terlalu mementingkan keluarga sehinggakan tidak boleh membuat keputusan sendiri..?lelaki yang baik dan bertanggungjawab adalah lelaki yang boleh bersikap adil kepada kedua-dua belah keluarga..tidah berat sebelah..malah kebajikan keluarga mentua juga di ambil kira..susah senang dipikul bersama..
Apa yang dikatakan ada benarnya..semuanya bergantung pada diri kita bagaimana mahu menguji pasangan..tak guna sayang andainya solat subuh pun tinggal..tak guna sayang andainya tak bertanggungjawab..tak guna sayang andainya kedekut..tak guna sayang andainya berkira-kira..tak guna sayang andainya tak reti nak buat keputusan sendiri..tak guna sayang andainya berat sebelah..maka,aplikasilah kasih sayang itu dengan jalan yang lebih diredhai dan dan diberkati..
Cinta pada bunga,bunga akan layu..
Cinta pada harta,harta akan berkurang..
Cinta pada manusia,manusia akan mati..
Buatlah segala keputusan dengan berpaksikan redha Allah swt..


0 comments:
Post a Comment